Youtube Lagu 3 Kupang

About Me

My photo
Sk Sri Wangi,Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Saya merupakan seorang pendidik dalam Program Pensiswahan Guru(PJJ) Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Semester 2 ( 2011 )

Followers

Powered by Blogger.

Wednesday, 7 December 2011

ALTERNATIF MENARIK MINAT MURID TERHADAP MATEMATIK

Nama Permainan : Mari Bermain Boling

Objektif : Mereka dapat membina ayat matematik bagi operasi tambah dan tolak. (boleh digunakan untuk kemahiran mengenal nombor dan menulis angka dalam perkataan)
Bahan : Botol Mineral, bola, pen marker, papan tulis kertas jawapan dan
kad nombor.
Cara Permainan:

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

2. Permainan ini akan dimainkan serentak dan masa yang ditetapkan adalah lebih kurang 5 - 8 minit.

3. Setiap kumpulan bermain dengan menjatuhkan botol-botol mineral tersebut mengikut giliran seorang demi seorang.



• Daripada satu balingan, murid akan hanya memilh dua nombor sahaja. Contohnya, botol yang dapat dijatuhkan bernombor 4,7, dan 8. Murid memilih nombor 4 dan 8. Berdasarkan nombor yang dipilih, murid akan membina ayat matematik. Contohnya bagi operasi tambah, 8 + 4 = 12 ataupun 8 – 4 = 4 bagi operasi tolak.

4. Murid tersebut akan menulis jawapan mereka pada kertas jawapan yang disediakan.

5. Masa tamat. Guru akan menyemak kertas jawapan bagi setiap kumpulan. Markah akan diberikan pada jawapan yang betul.
• Jika terdapat ayat matematik yang sama dalam satu kumpulan, jawapan hanya diterima sekali sahaja.

6. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak akan dikira pemenang


Di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk “Model Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate Practice)”,  Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan fisik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan.  Oleh itu, selain dari mengukuhkan kemahiran asas matematik, saya yakin dengan permainan  ini murid dapat keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid akan melakukan pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut. Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap matematik dan persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat diubah.
            Dalam aspek piskomotor pula, permainan  memperkembangkan kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan pergerakan seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain murid akan berfikir, membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas.  Selain itu nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti berkerjasama, berdisplin (mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan kepimpinan. Secara tidak disedari murid, ia juga adalah salah satu bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik. 

Tuesday, 6 December 2011

SCRIBD LEMBARAN KERJA

Sekiranya aktiviti dijalankan mengikut tema-tema yang sesuai aktiviti yang dilaksanakan akan lebih menarik minat murid-murid dan situasi pengajaran akan lebih menyeronokkan.Lembaran Kerja Operasi Tambah

LEMBARAN KERJA

Ini adalah contoh lembaran kerja yang boleh kita jalankan bersama murid-murid kita di dalam kelas...
Jika cikgu-cikgu atau ibu bapa suka lembaran kerja ini sila klik di lembaran kerja dibawah dan hanya perlu save,boleh di print atau di cetak.





OPERASI TOLAK

Operasi Tolak

Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
• Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
 
Di dalam sebuah kandang ada tiga ekor arnab, seekor arnab telah masuk ke dalam lubang. Berapakah ekor   arnab yang tinggal ?

OPERASI TAMBAH

Operasi Tambah

Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol ) ketika mengajar operasi tambah.
Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagimewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.Contoh:

Menggunakan objek konkrit.

Menggunakan bahasa yang betul.

Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.

Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.
3 + 5 = 8

OPERASI NOMBOR

Operasi Nombor

Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manaka  konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya.Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;

Membilang –berdasarkan 4 prinsip membilang secararasional.

Pengalaman konkrit –operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.

Konteks penyelesaian masalah –satu situasi penyelesaian masalah diberi.

Penggunaan bahasa yang betul –bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna

Pengenalan Awal Matematik

Pendahuluan


Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakanasas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung danbermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untukmempelajari matematik.Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa danRuang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid danmerupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkatprasekolah.Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran danpembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematikbermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yangmengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkatbergambar  (pictorial ) dan simbolik.