Youtube Lagu 3 Kupang

About Me

My photo
Sk Sri Wangi,Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Saya merupakan seorang pendidik dalam Program Pensiswahan Guru(PJJ) Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Semester 2 ( 2011 )

Followers

Powered by Blogger.

Wednesday, 7 December 2011

ALTERNATIF MENARIK MINAT MURID TERHADAP MATEMATIK

Nama Permainan : Mari Bermain Boling

Objektif : Mereka dapat membina ayat matematik bagi operasi tambah dan tolak. (boleh digunakan untuk kemahiran mengenal nombor dan menulis angka dalam perkataan)
Bahan : Botol Mineral, bola, pen marker, papan tulis kertas jawapan dan
kad nombor.
Cara Permainan:

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

2. Permainan ini akan dimainkan serentak dan masa yang ditetapkan adalah lebih kurang 5 - 8 minit.

3. Setiap kumpulan bermain dengan menjatuhkan botol-botol mineral tersebut mengikut giliran seorang demi seorang.



• Daripada satu balingan, murid akan hanya memilh dua nombor sahaja. Contohnya, botol yang dapat dijatuhkan bernombor 4,7, dan 8. Murid memilih nombor 4 dan 8. Berdasarkan nombor yang dipilih, murid akan membina ayat matematik. Contohnya bagi operasi tambah, 8 + 4 = 12 ataupun 8 – 4 = 4 bagi operasi tolak.

4. Murid tersebut akan menulis jawapan mereka pada kertas jawapan yang disediakan.

5. Masa tamat. Guru akan menyemak kertas jawapan bagi setiap kumpulan. Markah akan diberikan pada jawapan yang betul.
• Jika terdapat ayat matematik yang sama dalam satu kumpulan, jawapan hanya diterima sekali sahaja.

6. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak akan dikira pemenang


Di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk “Model Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate Practice)”,  Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan fisik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan.  Oleh itu, selain dari mengukuhkan kemahiran asas matematik, saya yakin dengan permainan  ini murid dapat keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid akan melakukan pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut. Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap matematik dan persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat diubah.
            Dalam aspek piskomotor pula, permainan  memperkembangkan kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan pergerakan seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain murid akan berfikir, membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas.  Selain itu nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti berkerjasama, berdisplin (mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan kepimpinan. Secara tidak disedari murid, ia juga adalah salah satu bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik. 

No comments:

Post a Comment